kau perempuan!

kau perempuan
yang aku tinggal
waktu aku sedang susah
bukan aku kalah
aku cuma tak mahu diri kau rasa
apa yang aku rasa

kau perempuan
yang aku uji
dengan sesuatu yang payah
yang kau sendiri tak tahu apa maknanya
lagi,
cinta

kau perempuan
yang tinggi darjatnya
bagi seorang lelaki gila
yang sentiasa hadir
dalam doa dan mimpi
dalam sujud sepi

aku lelaki jalang
yang tidak lansung pandai
menjaga hati dan perasaan
menjaga hari penuh rindu
hinggakan kawanmu itu
memerli aku.

aku lelaki malang
punya hati
punya perasaan
punya dendam
punya tubuh
busuk seakan longkang!

aku tak salahkan kau dalam ini cerita
aku salahkan perasaan ini
yang lansung tak sedikit pun
pernah menghargai.

aku boleh padam semua perempuan lain
demi kau
demi kita
dan aku sendiri tak akan pernah padam
kau,
kita!

No comments:

Post a Comment