risau

jangan bimbang
kau tak akan pernah keseorangan
berperang dengan perasaan
kerana tuhan telahpun mencipta
kesedihan
berkawanlah.

jangan bimbang
kau tak akan pernah terlepas
dari tangan-tangan liar
dari mata-mata pinar
dari manusia
yang memang dari lahirnya
ada dendam, ada dengki
ada putar-belitkan, ada tak puas hati
kerana tuhan telahpun wujudkan
hati hitam pekat dalam dalam
senyumlah.

jangan bimbang
jangan risau
kau pasti bisa lawan
kalau enggak pun
kau mati
itu saja.
menangislah

malam penat dengan manusia sangsi

No comments:

Post a Comment