huu haa sana sini
ini tak bagus
itu tak baik
ada saja tak kena
cari salah saja
ahh, gampang!
suara itu hak
kau ada suara
aku ada
dia ada
mereka ada
kita ada !
jadi apa masalahnya?
semua orang ada
semua orang boleh cakap apa dia punya suka
apa yang dia ada
suara dan hak!
ahh, bodoh. otak sempit.
terkepit, lekit, lendir, hanyir
nak bisingkan benda remeh
nak hebahkan barang temeh
selekeh.
tak patut, tak patut
tak patut kalau menyebuk
privasi, demokrasi, keadilan, perlembagaan, undang-undang
peraturan, percaturan, kelas bawahan, orang atasan
angkat tangan/laungkan suara sumbang/biarkan kebebasan itu dirasai, diadili, diamati, diambil peduli, disanjung tinggi, kekanan, kekiri, kemana ia mahu pergi.
revolusi? tak jadi-jadi
kerana ada segelintir yang masih kolot ditambah pula dengan cara berfikir yang tidak terbuka luas dan tidak tahu bezakan diantara hak, kuasa, suara, rasa, apa, dimana, bagaimana, kenapa.
demokrasi bukan negeri dimana orang bertindak seperti kambing biri-biri.
No comments:
Post a Comment