kaya nanti

bila aku kaya
nanti,
akan ku beri setiap perempuan sundal itu gaji
supaya tidak lagi menjual dada disana sini

bila aku kaya
nanti,
akan ku hadiahkan lelaki malang yang punya impian
mahu kereta mewah sedan

bila aku kaya
nanti,
akan ku belikan pil cinta dan bahagia
agihkan pada manusia
supaya tidak ada lagi perkataan kecewa

bila aku kaya
nanti,

ahh ! nanti itu satu dosa mungkin.
gampang.

No comments:

Post a Comment