tidur aku malam ini
ditemani 74 bintang
aku buka satu persatu
tertib takut terkoyak rabak
semua yang aku buka
tentang aku
yang aku sendiri tidak perasan
jiwa itu dalam aku
rebah dibuatnya
walaupun ia cuma kertas yang dilipat kemas
menjadi bintang kecil-kecil
namun ia penuh dengan makna
bahawa ada juga manusia
yang perasan aku
baju yang kau bagi
waktu aku pergi kencing
penuh kejutan terperanjat
warna putih
ada tulis tentang cinta kita
bodoh dan boncet
bila orang baca
dia cuma mampu senyum
aku tak akan basuh
aku biarkan bekas rindu kau melekat pada baju
supaya aku boleh cium hidu
*melaka memang tempat yang penuh dengan cinta.
No comments:
Post a Comment