sekolah agama darjah dua

sejak kebelakangan ini aku sering menceritakan kisah kisah lama aku pada seorang kenalan yang tinggal bersama aku.
dia ketawa. dia kata aku gila dulu dulunya. sekarang pun aku dapat rasa gila itu masih segar dalam badan.

--

pernah satu ketika, waktu itu di sekolah agama dan kalau tak salah darjah dua. aku ini anak yang bukan ibu atau ayah suka masa kecil kecilnya. jenis budak suka merengek, kena sepak baru berhenti. keluarga aku dulu susah, toreh getah bagi anak anak mentekedarah. sedih kalau ingat.
aku masuk sekolah agama untuk belajar agama, bukan untuk bersuka ria. hari pertama pendaftaran darjah dua, mak aku hantar naik motor buruk, bawa bekal nasi lauk singgang. ramai budak dan aku rasa hampir semua aku kenal dan berkawan. turun motor, mak aku pesan "masuk la dulu, nanti cakap pada ustaz yang yuran belajar belum dilunaskan. nanti mak bayar".
dek kerana akal aku pendek, tak cakap lah pada ustaz sebab takut dimarahi. aku berlari kearah tandas yang belum dicuci bersih, aku menagis.
*cakap dalam hati* "macam mana nak sekolah kalau yuran tak bayar, mana boleh".

aku keluar kearah pintu pagar, cuma mahu lihat ada lagi tak agak agaknya mak aku diluar. kelas belum bermula, tapi sudah mahu balik. syukur mak aku ada. aku pergi menerpa, dan berkata " TAK PAYAH SEKOLAH PUN TAK APA, KITA ORANG SUSAH MANA MAMPU NAK BAYAR YURAN" .

berlinang air mata seorang mak kerana tidak dapat sekolahkan anaknya.

mahu saja sekarang ini aku bagi semua duit ptptn aku pada dia tapi dia tetap sekerasnya menolak. aku sayang kau mak.

No comments:

Post a Comment