mahu

aku mahu pakai pelangi pada badan
bukan mahu melawan tuhan
bukan jua untuk berlawan kawan
aku mahu jalan atas kayangan
bukan untuk tunjuk kekuasaan
bukan jua untuk diagung-agungkan
aku mahu dayang-dayang temani isi hati
supaya ia sentiasa memerhati
agar tidak rosak dikotori
aku mahu roh ini diambil para dewa
supaya tidak lagi aku tonton sandiwara
yang hanya pandai belakon opera
aku mahu yang suci itu bukti
nanti senang aku rujuk kembali
tiada lagi dibodohi
aku mahu didodoikan perawan
lena aku diulik intan
bukan khayalan berpanjangan
aku mahu langsir dibuka luas
lihat semua apa yang tidak terbatas
buku bertemu ruas

mahu aku pelbagai
kadang tidak diterima akal
tapi ini saja yang aku mahu
tak tercapai.

apa yang aku mahu agar mahu aku itu dimahukan aku.

No comments:

Post a Comment