aku duduk di sisi katil, terpaku senyap tanpa bicara manja selepas habis kumbahan kurang enak dalam perut dikeluarkan *berak. kali ini betul-betul diam dan sesekali datang satu macam harapan atau impian atau yang lebih jelas lagi apa aku mahu. sengih aku sendiri. belajar tak setara mana tapi mahu kerja sehebat maju jaya. yakin aku pada belajar yang membuat kerja nanti tampak berkeyakinan amat tipis. belajar tinggi tapi duduk kedai kopi, basuh pinggan sana sini. agak samar hala tuju dan moto sebenar untuk apa kita belajar di peringkat lebih tinggi atau dalam bahasa mudah universiti. bukan kerja hebat nak dikejar, bukan juga kereta mewah mahu di angkuh bagai, tapi kurang pasti atau yakin yang aku ini dapat sejukkan hati mak ayah aku bila dapat kerja elok bila habis belajar nanti. aku sendiri tak mandabik dada dengan apa yang aku ada, belajar poli sebab dengan semua itu tak menjanjikan hidup ini sempurna.
aku cukup benci dengan nanti sebab apa yang dihamparkan memang tak nampak. esok dan lusa itu.
harap aku bukan satu, bukan juga beribu. cuma aku mahu harap itu mampu ubah dan bukan bertambah beban nak dipikul nanti itu.
dalam banyak banyak impian, harapan tak kira yang didepan mata atau menyorok belakang keranda aku cuma suka apa yang aku ada, siapa yang aku cinta SEKARANG.
*esok bukan lusa
No comments:
Post a Comment