aku baru pulang dari kota yang penuh manusia menolak antara satu sama lain dimana perkataan kesat dilempar indah dalam keadaan berhimpit senak.
--
turun bas dengan muka bangun tidur serta seluar skinny dilipat senteng supaya dinampakkan kasut berharga RM12.00 yang dibeli untuk multitasking(boleh guna bawa jalan2 dan main futsal) dipadankan dengan baju kemeja besar serta baju tanpa lengan dibahagian dalam dan membawa beg zaman purba yang ada baju yang dipakai semalam. katiak tidak disapu wangi kerna lupa membawa dashing bau kegemaran si dia, kaki harum semerbak diselaputi daki dan boxer dipakai dua hari .
ya, cukup untuk aku dipandang sampah. cukup sangat aku dilihat punah.
ohh, aku lupa yang kau pelajar atau dalam bahasa mudah student dan kau nampak hebat dengan menggantung name tag buatan kolej yang sangat dibanggakan ibu ayah .mata kau memang layak menilai orang.
sambil nyanyi lagu the man who sold the world dendangan mamat grunge yang dah mati pada tahun 1994, aku cuma mampu tersenyum melihat gelagat student bijak pandai berbisik dan jari telunjuk menunding kearah aku. kebetulan masa itu handphone aku ketandusan bateri kerana lupa dicas malam tadi cuma yang ada
syiling yang dikorek korek didalam wallet yang sudah lama tidak diganti dan dengan segera aku menelefon mak meggunakan telefon awam . aku masukkan 20 sen untuk memberitahu mak yang aku sudah sampai dan minta tolong dia ambil .menoleh kebelakang selepas habis berbual terlihat sekumpulan makhluk bebangsa wanita tertawa dengan gelagat tadi .
umur aku 20 tahun tapi abang panggung wayang tak percaya dan bagi aku pada usia ini aku tidak kisah lagi dengan cemuhan berupa imej yang ditampilkan .semua ada jiwa masing-masing dan aku sedikit pun tidak peduli sama jiwa mereka .
*bila saja sampai dirumah, tengok video porno dan tidur .
ni rupa kja ko time cuti ea???
ReplyDeletekehkeh .potong bawang merah sama
ReplyDelete