manusia mudah lupa

manusia mudah lupa
yang dulu ibu bapanya 
hantar ke sekolah
panas terik,hujan
diredah juga
kerna mahu anak itu pandai

manusia mudah lupa
yang dulunya mudah meminta itu ini
sanggup ibu bapanya mencari
kerna mahu anak itu sempurna
tak mahu dimalukan rakan

manusia mudah lupa
yang dulunya tidur didalam buaian
didodoi ibu bapanya
kerna mahu anak itu tidur lena
tapi sekarang tidur sama kekasih
sebelum sampai masa,

manusia mudah lupa
yang dulunya dimanja manja
kerna mahu anak itu selesa
tapi sekarang punah ranah
diludah nya orang yang memanjakan 

manusia mudah lupa
yang dulunya punya harta setinggi langit
bongkak,sombong
kerna dia ingat dia raja
lupa siapa beri secebis nasi
dulu dulunya

manusia mudah lupa
manusia mudah lupa,

lupa ..



No comments:

Post a Comment